Wednesday 20 August 2014

Salam Perkenalan

Bismillah.

Nama penuh saya Noraini binti Hamdan tetapi saya lebih selesa dengan panggilan Ain sahaja. Saya dilahirkan pada 1 November 1986 di Muar, Johor. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Sempang 4 seterusnya ke Sekolah Menengah Sains Johor di Kluang bermula Tingkatan 1 - 5. Kemudian saya melanjutkan pelajaran ke Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan sebelum ke Universiti Sains Malaysia Kampus Kejuruteraan. Di USM saya mengambil jurusan Kejuruteraan Kimia selama 4 tahun.

Pada 2 Jun 2012 saya berkahwin dengan seorang jejaka kacak bernama Muhammad Surazwan bin Ismail dan menetap di Johor Bahru. Kami dikurniakan seorang puteri comel berusia setahun setengah yang diberi nama Sarah Izzati.


Gambar raya 2013




Selepas bergraduasi pada 2009, saya memulakan langkah mencari pekerjaan. Akhirnya pada Jun 2010, saya berjaya menyandang jawatan sebagai Jurutera Projek di sebuah syarikat yang menyediakan servis untuk pelantar minyak dan gas. Jawatan ini saya kira amat bersesuaian dengan latar belakang pendidikan dan minat saya. Walaupun gaji permulaan yang ditawarkan agak rendah, namun saya gembira dengan tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan kepada saya.

Memang tidak dinafikan kos sara hidup di Bandar Raya Johor Bahru agak tinggi. Selepas memiliki kereta, gaji saya kelihatan kecil dan tidak cukup untuk menampung diri. Dari situ bermulalah kerjaya sambilan saya sebagai guru tuisyen peribadi. Pada sebelah siang saya bekerja di pejabat manakala pada sebelah malam saya mengajar di rumah pelajar. Kadar bayaran yang saya perolehi agak lumayan jika dibandingkan waktu bekerja yang hanya 1 - 2 jam sahaja setiap sesi kelas.

Niat asal hanyalah untuk mencari pendapatan sampingan namun semakin hari saya semakin jatuh cinta dengan kerjaya sambilan saya. Walaupun letih bekerja siang dan malam namun keseronokannya tidak mampu digambarkan dengan kata-kata. Stres bekerja di pejabat seharian dilenyapkan dengan keletah anak didik saya. Tumpuan saya pada setiap kelas hanya untuk seorang pelajar menjadikan saya lebih mengenali peribadi setiap pelajar dan potensi diri mereka. Tambahan pula saya mengajar pelajar sekolah rendah yang sedang aktif dan banyak akalnya.

Selepas berkahwin dan mengandung, saya mula terfikir untuk menjadi suri rumah sepenuh masa dengan harapan saya akan mempunyai lebih masa untuk anak dan keluarga. Saya mula menyusun perancangan dan membuat carian di internet tentang kerjaya yang boleh dilakukan tanpa memerlukan saya untuk keluar dari rumah. Suami menyokong penuh hasrat saya walaupun keadaan kewangan kami tidaklah semewah mana.

Akhirnya pada Januari 2013 iaitu kira-kira sebulan sebelum melahirkan anak, saya nekad mengakhiri karier saya sebagai seorang jurutera. Saya mengambil kesempatan tersebut untuk berehat sepuas-puasnya sebelum kehidupan saya disibukkan dengan anak kecil pula. Saya banyak membaca dan belajar tentang keibubapaan sewaktu mengandung. Selepas bersalin, saya mula berjinak-jinak dalam dunia bisnes produk pendidikan awal kanak-kanak. Namun saya masih tidak melupakan perancangan asal saya iaitu menyediakan kelas tuisyen khusus untuk subjek Matematik.

Walaupun ramai yang menganggap tindakan saya menyimpan ijazah di rumah amat merugikan, saya yakin 'keuntungan' yang saya impikan akan dapat dituai selepas sekian lama menyemai dan ia menuntut pengorbanan yang besar. Saya percaya di dalam hati setiap ibu terselit keinginan untuk membesarkan dan mendidik anak-anak dengan tangan sendiri. 

Semoga dengan menyertai rakan-rakan di Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR), saya akan memperoleh ilmu dan kekuatan untuk meneruskan perjuangan ini.



1 comment:

  1. Best Casino Bonus Codes December 2021 - Poormans
    Casino Bonus 룰렛 규칙 Codes December 2021 — The best casino bonuses for December 2021 · Top 10 Casino Bonuses pcie 슬롯 · 7. Café 슬롯머신 Casino · 토토 랜드 같은 사이트 6. m bet365 Bovada · 5.

    ReplyDelete