Monday 8 August 2016

Carta Bacaan Sarah

Text: Noraini Hamdan
Gambar: Koleksi Peribadi

Lepas raya dan lepas kehadiran baby baru jadual homeschooling Sarah agak lari. Mungkin masih dalam fasa menyesuaikan diri dengan kehadiran orang baru.

Sarah pula semakin suka nak tengok cerita Upin Ipin. Jadi bila diajak membaca macam lemau je.



Jadi saya buat carta bacaan dengan sticker reward. Baru semangat sikit nak baca. Walaupun muka agak bosan kena membaca tapi sebab seronok nak tampal sticker bila dah habis tu yang membuatkan dia gigih melawan rasa malas.

Sampaikan dah petang, ibu dah sibuk nak mandikan adik, nak masak, nak bersiap ke kelas tuisyen, dia masih nak membaca.

Layankan aje sementara dia masih semangat. Worksheet untuk aktiviti tampal-tampal sticker pun dah nak habis dia buat.


Ini ialah antara BBM Sarah untuk belajar membaca. Setakat ini Sarah sudah boleh membaca suku kata terbuka.


Saya mula ajar Sarah membaca Bahasa Melayu dan Iqra' serentak. Untuk iqra' Sarah juga sudah boleh kenal huruf dan membaca baris atas, bawah dan depan.


Kad imbas ni saya buat sendiri, digunakan untuk assessment sebenarnya. Saya minta dia ulang baca sampai lancar baru boleh 'naik' flashcard.


Inilah dia rupa carta bacaan dan reward sticker. Sticker tu saya beli dekat Mr. DIY. Cantik pulak dengan macam-macam emoticon. Itu yang Sarah asyik nak menampal. Tapi kena baca dulu baru boleh tampal.

Carta bacaan tu ada 10 petak untuk setiap flash card. Kalau Sarah dapat ulang baca sampai 10 kali, insyaAllah lancarlah tu.

No comments:

Post a Comment