Teks: Noraini Hamdan
Foto: Carian Google
Permainan pertama Sarah ialah 'soft toys' berbentuk arnab yang berbunyi apabila dipicit. Kami belikan pada usianya dua bulan. Anak pertama, jadi kami kurang arif untuk memilih hadiah untuknya. Sebolehnya kami tidak mahu memberi permainan yang kurang membantu perkembangannya.

Selepas belajar
meniarap dan merangkak, Sarah lebih tertarik dengan perkakas-perkakas di dapur.
Mungkin selalu sangat ibu di dapur menghabiskan masa memasak pelbagai juadah.
:P Mujur ibu banyak menyimpan mangkuk-mangkuk plastik. Bila perlu digunakan,
cari saja di depan televisyen, pasti jumpa perkakas-perkakas tergolek di sisi
Sarah.
Permainan yang lebih
mencabar ialah menyusun tin sardin dan tin susu bertingkat-tingkat. Bila jatuh,
bukan main beria sengih dan memanggil-manggil ibunya. Bosan bina menara, Sarah
menggolekkan tin-tin tersebut ke bawah almari. Kemudian memanggil ibu sambil
menunjuk ke arah tin dan meminta untuk mencapainya. Susun pula dalam almari.
Berulang-ulang.
Pada hari lahirnya
yang pertama, kami berikan Sarah 'Baby's First Block'. Blok-blok pelbagai
bentuk yang perlu dimasukkan ke dalam bakul mengikut acuan bentuknya pada
penutup. Mungkin agak mencabar bagi bayi berumur setahun, jadi Sarah hanya
memasukkan dan mengeluarkan blok-blok tersebut tanpa melalui penutup.
Pada usianya 15
bulan, Sarah sudah mula menunjukkan tindak balas emosi. Bila tidak berjaya membuat sesuatu, mulalah menangis dan menjerit. Bila sampai pada tahap membaling barang, itu tandanya sudah sampai masa untuk tidur.
Sarah mula pandai memadankan blok dengan bentuknya sendiri. Dua bentuk paling mudah ialah bulat dan segitiga. Tersenyum gembira bertepuk tangan bila berjaya memasukkan dengan betul. Untuk bentuk-bentuk lain pula siapa lagi yang tolong kalau bukan ibunya. :D
Sekarang Sarah sudah mahir memasukkan kesemua bentuk. Sudah mula memunggah permainan ibu dan ayah pula. Sudah pandai meminta permainan di almari stok ibu. Baiklah Sarah, nanti ibu carikan permainan baru yang lebih mencabar. Tentunya permainan yang dapat merangsang perkembangan otaknya.

Permainan ibu dan ayah |
No comments:
Post a Comment